Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

Sedia maklum mengetahui bahawa jual beli emas melalui bank hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak diwakili oleh emas fizikal. Dalam erti kata lain, jual beli emas melalui bank hanya di atas kertas. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Tiada bentuk emas yang boleh dikeluarkan.


Di sini saya sertakan satu contoh biasa dalam urusan jual beli emas.

Seorang pelanggan yang berminat ingin melabur dalam pelaburan emas di bank, satu persetujuan akan dibuat dengan cara dia membeli emas itu, simpan atau menjualkannya semula apabila harga meningkat. Oleh itu, hukum akan bergantung kepada beberapa keadaan. Sedikit penjelasan akan diberikan seperti di bawah :-

HARAM DAN BATAL : berlaku apabila emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan : Pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima serta merta ketika membuka akaun pelaburan emas itu. Sebagai contoh, pelanggan yang hanya membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulakan akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya).

HALAL DAN SAH : Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.  
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil hak milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)


Sumber diperolehi dari :-
Zaharuddin.net

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...