Ulasan BNM Tentang Polisi Bersesuaian Urus Inflasi

BNM Akan Kaji Polisi Bersesuaian Untuk Urus Inflasi

KUALA LUMPUR 24 Mac (Bernama)—Bank Negara Malaysia akan mengkaji polisi monetari bersesuaian bagi mengurus inflasi dalam negara, dan pada masa yang sama menyokong pertubuhan ekonomi yang mampan.

Penolong Gabenor BNM, Dr Sukhdave Singh berkata pada masa ini kebanyakan sumber inflasi berpunca dari luar negara.

“Inflasi semasa dipacu oleh harga komoditi negara yang meningkat berikutan gangguan dalam bekalan, permintaan dari negara pertubuhan tingi serta aktiviti spekulatif,” katanya kepada pemberita pada seminar mengenai “Ucapan Gabenor BNM mengenai Ekonomi Malaysia” di sini hari Khamis.

Sukhdave berkata BNM akan terus memantau permintaan domestik yang merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata BNM akan memastikan permintaan domestik di Malaysia tidak menambah kepada sumber-sumber inflasi semasa dari luar negara.

“Kami perlu memastikan impak inflasi ke atas kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan dapat ditangani.

Pada Rabu, Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata unjuran inflasi ialah pada 2.5 – 3.5 peratus pada 2011 masih dalam kawalan.

Sumber :-


BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...