Masuk Suratkhabar Lagi

Keratan akhbar KOSMO bertarikh 14 April 2011


Isi kandungan di dalam


Untuk mengetahui maklumat selanjutnya, ni dia link terus ke artikel ini di KOSMO klik di sini

Saranan Dato' Salleh Majid Pelaburan Terbaik 2011

Saksikan taklimat dari Dato' Salleh Majid (Bekas Presiden Bursa Saham Malaysia) berkenaan pelaburan emas

Silver Atau Perak Lebih Menguntungkan?

Di saat saya menulis artikel ini, harga Perak atau Silver telah mencapai paras tertinggi di dalam sejarah. 38.59 USD per oz. Namun tidak ramai yang berani membuat keuntungan melalui Perak ini. Tidak dinafikan setiap pilihan ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihan Perak ini telah dibuktikan apabila peratus kenaikan untuk tahun 2010 menunjukkan peningkatan hampir 100%.


Ditambah pula dengan spekulasi menyatakan harga Perak akan naik lebih tinggi lagi ekoran oleh kesan gempa bumi di Jepun yang akan membina negara mereka semula. Disebabkan kelemahan Perak yang tidak boleh menggunakan sistem pajak gadai, ramai yang tidak memilih Perak sebagai pelaburan. Namun, dari sudut yang berbeza, pilihan ini bergantung kepada perancangan serta kedudukan kewangan individu itu sendiri.



Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh lawati www.kitco.com. Banyak info tentang harga Emas dan Perak di sini.

Hantaran Kahwin Hiasan Emas

Kahwin. Cuti sekolah baru saja lepas. Asal cuti sekolah saja 'pack' lah jadual hujung minggu dengan jemputan kenduri kahwin. Sampai ada yang 7-8 jemputan satu hari. Fuhh, penangan cuti sekolah. Artikel kali ni nak kongsi cerita pasal hantaran kahwin. Zaman dulu mas kahwin guna emas. Tapi setelah ditelan zaman ni, orang dah tak pakai dah. Jarang-jarang. Tapi semenjak orang dah celik pasal bernilainya emas ni, orang dah mula jadikan emas sebagai mas kahwin. 



Bestnya emas ni kalau dijadikan hantaran kahwin, tak kisahlah gold bar ke, barang kemas ke, syiling dinar ke, tak payah pening-pening nak hias cantik-cantik. Emas tu sendiri dah cantik dah.Ada aura dia. Pergh...berkilau-kilau. Silau mata!


Jadi, kepada yang rancang nak kahwin akan datang, buatlah emas sebagai hantaran kahwin. Tak rugi. Untung lagi ada. Mudahan-mudahan kekal ke akhir hayat. Suami isteri makin erat, mertua makin sayang. Hihihi...... 

Alahai Nenek

Salam emas....Artikel kali ni saja nak peringatkan balik zaman dulu-dulu. Cuba bayangkan kalau orang dulu, zaman nenek moyang kita dah ada ilmu pasal nak simpan emas ni. FUHHH.... kaya anak cucu cicit. Kompem tak gaduh nak rebut tanah sekangkang. Yang laki bini pun tak berlaku pinggan terbang. Yang adik beradik pula tak berlaku parang memarang dek kerana tanah sebidang. Alahai....sedihnya. Tapi lain pula kalau orang dulu beli emas banyak-banyak. Cuba ingatkan balik, manalah agaknya emas yang nenek kita pakai dulu kan? ermmm....lagi.

YaPEIM Rencana Untuk Perluas Skim Ar-Rahnu Luar Negera

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merancang untuk memperluaskan sistem pajak gadai Islam iaitu Ar-Rahnu mikro kredit ke luar negara, terutama di negara-negara anggota Islamic Development Bank (IDB).


Pengarah mereka, Dr Abdul Malek Awang berkata kajian awal sedang dilakukan di lima negara bagi melihat struktur kesediaan situasi, keperluan dan rangka undang-undang.


"Kami memberikan keutamaan untuk negara-negara Islam selain China, yang mempunyai keluasan wilayah penduduk Muslim yang besar di mana kita bole mengembangkan pusat kewangan," katanya kepada wartawan selepas menandatangani nota kesefahaman (MoU) antara YaPEIM dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) di Tasik Raban Resort sini hari ini.


Dia mengatakan rencana pengembangan akan dilakukan mengikut benua yang melibatkan negara-negara seperti India, Pakistan, Bangladesh, Arab Saudi, Turki, Bosnia dan Albania.


Abdul Malek berkata YaPEIM juga menjalin kerjasama dengan Thailand, Brunei, dan Indonesia. Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 1993, pajak gadai Islam telah membantu lebuh dari 4.6 juta orang di kelompok-kelompok sasaran dengan jumlah dana RM 6.6 billion.



Ulasan BNM Tentang Polisi Bersesuaian Urus Inflasi

BNM Akan Kaji Polisi Bersesuaian Untuk Urus Inflasi

KUALA LUMPUR 24 Mac (Bernama)—Bank Negara Malaysia akan mengkaji polisi monetari bersesuaian bagi mengurus inflasi dalam negara, dan pada masa yang sama menyokong pertubuhan ekonomi yang mampan.

Penolong Gabenor BNM, Dr Sukhdave Singh berkata pada masa ini kebanyakan sumber inflasi berpunca dari luar negara.

“Inflasi semasa dipacu oleh harga komoditi negara yang meningkat berikutan gangguan dalam bekalan, permintaan dari negara pertubuhan tingi serta aktiviti spekulatif,” katanya kepada pemberita pada seminar mengenai “Ucapan Gabenor BNM mengenai Ekonomi Malaysia” di sini hari Khamis.

Sukhdave berkata BNM akan terus memantau permintaan domestik yang merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata BNM akan memastikan permintaan domestik di Malaysia tidak menambah kepada sumber-sumber inflasi semasa dari luar negara.

“Kami perlu memastikan impak inflasi ke atas kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan dapat ditangani.

Pada Rabu, Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata unjuran inflasi ialah pada 2.5 – 3.5 peratus pada 2011 masih dalam kawalan.

Sumber :-


BERNAMA

Panahan Cinta Emas, Sekali Terpandang Mimpi Terlintas

Fuhh, tajuk! Macam orang angau bercinta. Tapi betul. Tak percaya? Tulah pengalaman pertama kebanyakkan orang yang mula-mula berjinak beli emas. Tak boleh tidur malam. Asyik terbayang-bayang je. Kalau boleh dekat semua orang dia nak kongsi cerita. Menarik! First time dengar seminar Dr Luv, ingatkan tajuk dia tu saja nak bagi gempak. Tapi bila dah rasa sendiri, fulamak, susah nak cakap. Tu yang jadi angau tu.


Jadi tak payah cakaplah. Senang. Kalau nak tahu sendiri macam mana rasanya, belilah emas.

Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas

Di artikel saya sebelum ini, banyak membincangkan tentang emas. Tetapi bagaimana pula caranya hendak memulakan pelaburan emas ini? Mesti dah tak sabar-sabar nak tahu macam mana caranyakan? Baiklah.

Sebenarnya dalam pelaburan di Malaysia melibatkan emas fizikal dan emas maya (on paper). Kebanyakkan tidak tahu tentang hal ini. Yang mereka tahu apabila menyebut tentang emas mereka akan membayangkan gelang emas, cincin, loket, rantai leher dan sebagainya. Mulalah terbayang wajah nenek-nenek atau ibu-ibu kita. Haa…betul bukan?

Emas Fizikal yang dimaksudkan tadi adalah seperti rantai emas, jongkong emas, gold bar, dinar emas atau syiling emas.

Emas Maya pula adalah di mana pelaburan emas yang kita tidak boleh pegang emas tersebut. Ada pihak ketiga (bank) yang akan akan memegang emas kita itu. Tugas kita hanya menguruskan  sahaja. Antara contoh bank yang menawarkan urusan ini ialah seperti Gold Saving Passbook (Maybank), dan Public Bank Gold Investment Account (Public Bank).


Namun, di dalam mewujudkan akaun di dalam pelaburan emas di bank, terdapat hukum yang mengatakan tentang pelaburan secara emas maya ini. (Sila rujuk artikel ini Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut)

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

Sedia maklum mengetahui bahawa jual beli emas melalui bank hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak diwakili oleh emas fizikal. Dalam erti kata lain, jual beli emas melalui bank hanya di atas kertas. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Tiada bentuk emas yang boleh dikeluarkan.


Di sini saya sertakan satu contoh biasa dalam urusan jual beli emas.

Seorang pelanggan yang berminat ingin melabur dalam pelaburan emas di bank, satu persetujuan akan dibuat dengan cara dia membeli emas itu, simpan atau menjualkannya semula apabila harga meningkat. Oleh itu, hukum akan bergantung kepada beberapa keadaan. Sedikit penjelasan akan diberikan seperti di bawah :-

HARAM DAN BATAL : berlaku apabila emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan : Pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima serta merta ketika membuka akaun pelaburan emas itu. Sebagai contoh, pelanggan yang hanya membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulakan akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya).

HALAL DAN SAH : Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.  
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil hak milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)


Sumber diperolehi dari :-
Zaharuddin.net

Emas Sebagai Portfolio Pelaburan

Konsep wang terus bekerja untuk kita adalah konsep untuk menjana kekayaan. Pelbagai cara dapat digunakan untuk menjana kekayaan. Jika saya memberi sejumlah wang kepada anda, katakan 1 juta ringgit, ada 2 cara anda boleh gunakan wang tersebut. Satu cara adalah dengan menghabiskan wang tersebut perlahan-lahan dan semakin lama semakin sedikit. Atau dengan cara menggandakan wang tersebut untuk wang tersebut terus bekerja untuk kita untuk kita menambah lagi aset simpanan kita.

Ramai yang tidah tahu mengenai emas sebagai portfolio pelaburan. Kebiasaannya, orang akan nampak hartanah, saham, bon atau unit trust sebagai portfolio mereka. Seperti yang dijelaskan dalam aritkel saya sebelum ini,Kelebihan Emas Dalam Menjana Kekayaan disebabkan faktor kalis inflasi dan permintaan emas yang tinggi akan menjana kekayaan anda.

Kelebihan Emas Dalam Menjana Kekayaan

Beberapa artikel sebelum ini banyak menjelaskan tentang inflasi dan duit kertas. Sudah tiba pula masanya saya berkongsi cerita tentang kelebihan emas dalam menjana kekayaan. Emas suatu logam yang berharga. Sifat berharga itu tidak perlu lagi dipertikaikan kerana daripada zaman dahulu lagi manusia mengiktiraf emas sebagai benda yang bernilai. Malah, disebut juga di dalam hadis tentang kelebihan emas ini.

“Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham untuk digunakan”. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Menariknya tentang emas ini, ia kalis inflasi. Nilai emas tidak pernah susut atau hilang harganya. Pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah sebanyak 1 dinar dan pada masa sekarang iaitu selepas 1400 tahun lamanya, harga bagi seekor kambing masih lagi lebih kurang 1 dinar. Hebat bukan!

Duit Kertas Tisu Tandas, Simpan Emas Pilihan Bernas

Wah, ganas betul artikel kali ini. Macam taknak duit je.  Haha. Bukanlah itu yang dimaksudkan. Tetapi yang pasti duit kertas ibarat tisu tandas. Benar. Bukan omongan tetapi kenyataan. Ramai yang tertanya -tanya apa yang dimaksudkan dengan artikel ini? Untuk menjelaskannya, kita harus sedar bahawa duit kertas bukanlah satu simpanan kewangan yang selamat bagi kita. Malah membebankan setiap tahun dengan adanya inflasi.

Tetapi hal ini berlawanan dengan emas. Emas merupakan komoditi atau barangan yang sifatnya kalis inflasi. Nilai sebenar kekayaan adalah di dalam bentuk emas. Kita ambil contoh tauke emas. Tidak pernah kita lihat tauke emas terpaksa gulung tikar disebabkan gagal dalam perniagaan mereka. Yang sering  kita lihat harga emas makin melonjak-lonjak setiap tahun. Peningkatan harga emas bukannya sedikit. Kadang-kadang pernah mencecah hampir 40%. Woww. Lumayan tu. Menarik tentang emas ini, saya ada satu contoh jenaka tetapi fakta. Duit kertas kalau dikoyakkan, terus tak ada nilai lagi. Tapi kalau emas, pecahkanlah jadi berapa bahagian, walau jadi debu sekali pun masih ada nilai. Benarkan?

Tak dinafikan harga pasaran emas sekarang mahal. Mahal? Ya, mahal! Tetapi harus diingat makin lambat kita bertindak makin mahal jadinya emas tu. Jadi apa tunggu lagi. Sudah bersedia memiliki emas pertama anda? Jangan berlengah. Ini adalah satu langkah bijak dalam mengharungi dunia yang semakin sempit dan terhimpit ini.

Kisah Duit Dan Sekutunya (Bahagian 2)

Yang dimaksudkan tentang sekutu bagi duit disini ialah inflasi. Paparan yang telah saya tunjukkan pada artikel Kisah Duit Dan Sekutunya menunjukkan bahawa hasil kitaran daripada penciptaan duit tersebut telah menyebabkan berlakunya inflasi. Menyambung tentang artikel tersebut, dapat kita fahami bahawa dalam diam kita telah menzalimi orang lain. Anda terperanjat? Bagaimana ini boleh berlaku?

Saya mengambil contoh di dalam urusan pinjaman dari bank. Secara kasarnya kita hanya membuat pinjaman peribadi dengan meletakkan risiko hanya tertanggung di bahu kita. Tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung telah menzalimi orang lain dengan cara :-
  1. Kita bersekongkol men”cair”kan atau menyusutkan nilai mata wang itu sendiri dengan  membiarkan bank mencipta wang tanpa sandaran pada sesuatu yang bernilai (emas atau perak misalnya). Lagi banyak pinjaman lebih banyaklah susut nilai. Sebab itulah inflasi takkan terhapus disebabkan kitaran yang tiada penghujng itu.
  2.  Apabila kita menambahkan permintaan terhadap sesuatu barangan, (demand over supply) harga akan meningkat. Secara tidak langsung, penggunaan mata wang yang lebih banyak diperlukan.

Harga Ayam Naik Lagi VS EMAS (Bahagian 2)

Ayam dan inflasi. Apa kaitannya? Apa pula bezanya ayam dengan emas? Saya cuba untuk jadikan ayam sebagai ujikaji bahan saya dalam menyentuh isu inflasi. Makin tahun makin naik. Kalau pada yang rajin berfikir (buat muka) mereka akan kata “alah, biasalah tu. Harga naik pasal kos dah meningkat. Bukan ayam je yang naik. Semua barang naik”. Ada juga yang jawab macam ni, “taraf hidup kita dah naik. Jadinya barang kita pun ikut naik sekali la.” Haa, macam mana tu? Betulkan, ada yang cakap macam tu? Kepada makcik dan pakcik di luar sana, semua ni pasal si inflasi tu la. Apa tu inflasi? Inflasi ni berlaku hasil daripada kitaran bagaimana duit itu tercipta. Nak tahu lebih lanjut bagaimana duit ini dicipta, bolehlah lihat di artikel saya sebelum ni. Kisah Duit Dan Sekutunya

Kisah Duit Dan Sekutunya

Duit bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Itu realiti yang kita sedar tetapi tak dapat nak mengelak. Kesemua hal dalam dunia ni perlukan duit. Nak masuk tandas pun kena bayar. Tanpa kita sedar, kita dipaksa oleh dunia untuk mencari duit. Itu sebablah orang yang makan gaji selalunya berharap gajinya dinaikkan. Persoalannya disini, dari tahun ke tahun tak senang-senang pun. Makin sesak lagi adalah. Macam mana boleh berlaku. Kerja dah kuat dah. Siang malam. 24/7

Haa… ada yang tak kena ni. Dari zaman bapak kepada bapak kepada bapak kita, mesti akan suruh anaknya belajar rajin-rajin, cari kerja yang bagus-bagus yang bergaji besar. Bila dah ada duit banyak hidup senang. Zaman bapak kepada bapak kepada bapak kita dulu duit 1 sen tu boleh berbelanja. ½ sen pun ada dulu tau. Tapi bila zaman bapak kepada bapak kita makin menurun ke anaknya pula, duit tu makin lama makin besar nilainya. Zaman saya sekarang ni contohnya, duit 1 sen tu dah tak dikeluarkan lagi dah. Sempatlah pakai tapi itu pun dekat supermarket je. Lepas tu duit 1 sen tu dibuang-buang je. Kesian, rupa-rupanya selama ni kita jadi hamba duit rupanya. Sistem kewangan yang ada dalam dunia ni makin menyusahkan kita rupanya. Dekat mana silapnya sebenarnya ni?  Nak tahu lebih lanjut, kita tengok  video yang saya paparkan di bawah. Kisah bagaimana duit dicipta bersama sekutunya dan apa muslihat sebenar di sebalik dalang yang terlibat ini.








Jangan terperanjat. kisah ini mungkin menceritakan tentang sistem kewangan di Amerika tetapi harus diingat Malaysia juga menggunakan sistem yang sama. Bezanya hanyalah Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan manakala Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli-ahli bank antarabangsa. Mereka inilah sebenarnya dalang besar di sebalik ekonomi dunia juga master mind dalam perancangan jahat Israel.


Jadi bagaimana kita di sini? Ikuti sambungan perjalanan artikel ini di bahagian yang kedua.Kisah Duit Dan Sekutunya (Bahagian 2)

Harga Ayam Naik Lagi VS EMAS

Harga ayam naik lagi??? Fuh, mencanak naik dia. Dalam sejarah tak pernahnya saya jual sampai RM8.20 sekilo. Itu yang saya jual. Tak tahu la pula apa cerita orang sebelah saya. Saya dengar diorang jual RM8.50 sekilo. Biasanya bukan main promote lagi ayam sendiri. Macam kedai lain takde jual ayam pulak. Kali ni sonyap jo. Bab yang itu je hati saya senang sikit. Tapi berbalik balik pada harga ayam RM8.20 sekilo, fuh memang tak terbeli orang. Yang saya jual kat stadium Shah Alam boleh lagilah penerimaan orang memandangkan orang Shah Alam ni loaded-loaded semuanya. Tapi customer kat Andalas, halamak siap ada yang maki-maki  tu.
 Dalam saya menjual tu, terdetik dalam hati saya bilalah agaknya zaman yang disebut dalam hadis nabi pasal akan tiba suatu zaman dimana tidak ada apa yang tinggal atau boleh digunakan melainkan dinar dan dirham. Ni semua pasal inflasi la ni. Yang sedihnya berapa ramai yang tahu pasal inflasi ni. Tak dinafikan yang celik tu memangla tahu pasal inflasi tapi apa pulak tindakan diorang? Berapa ramai pulak lagi yang masih tak tahu? Haa, pasal tu la kita kena simpan duit dalam bentuk emas or dinar.


                Sejarah saya jual ayam ni dulu harga lebih kurang RM 4.20 sekilo. Lepas tu, dari tahun ke tahun naik jadi RM 5 sekilo, RM 5.40, RM 6.00, RM 6.50 sekilo. Paling dahsyat raya tahun lepas la sampai tahap RM 7.50 sekilo. Ingatkan tu paling dahsyat. Tahu-tahu baru-baru ni bukan kata dahsyat lagi, dah tahap gaban dah. Aduyai….ayam….ayam…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...